OKU dan Peluang Pekerjaan

Pemilihan kerjaya adalah perkara penting bagi seseorang individu. Pemilihan kerjaya yang tepat dapat menentukan corak kehidupan serta taraf hidup seseorang. Golongan OKU juga memerlukan pekerjaan dan faedah daripada pekerjaan sama seperti orang lain bagi memenuhi keperluan dalam kehidupan mereka. Namun begitu, terdapat pandangan dan sikap prejudis sesetengah masyarakat berkaitan golongan OKU dan menyebabkan mereka dilayan seperti golongan kelas kedua atau golongan minoriti.

Kesusahan bagi mendapatkan kerja lebih tertumpu kepada golongan orang kurang upaya ini atau juga dikenali dengan istilah orang kelainan upaya. Bagi mereka faktor kecacatan bukanlah satu penghalang untuk mereka mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan mereka. Pada zaman kini, semakin banyak graduan oku yang mendapat keputusan yang cemerlang tetapi mereka sukar untuk mencari kerja.

Mengapakah pekara ini terjadi? Adakah majikan lebih mementingkan graduan yang sempurna sifat dari segi fizikal . Bagaimana pula dengan golongan yang mempunyai kekurangan dari segi fizikal dan bukannya ilmu. Golongan OKU pada era ini atau zaman serba moden ini kebanyakannya sudah celik IT dan sudah berpendidikan . Tetapi mereka diabaikan dalam sektor pekerjaan.

Mungkin terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan mereka sukar untuk mendapat pekerjaan antaranya mungkin dari segi kemudahan dalam sistem pengangkutan. Mereka mungkin susah untuk ke tempat kerja disebabkan faktor ini. Selain itu mungkin juga mereka gagal menyesuaikan diri dengan suasana dan persekitaran ruang kerja atau pejabat yang tidak berapa sesuai dengan keadaan fizikal mereka . Seterusnya mungkin menghadapi kesukaran untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Seperti mana yang telah diketahui, peluang pekerjaan bagi golongan oku adalah amat terhad sekali. Walaupun Dasar 1% jawatan untuk golongan OKU telah dilaksanakan tetapi apakah kesannya terhadap golongan tersebut. Malah, 1% untuk warga oku di sektor kerajaan pun tidak diisi sepenuhnya. malah, ada golongan OKU yang layak untuk sesuatu jawatan, tetapi diberikan pada orang lain.Graduan OKU juga amat sukar untuk mendapat peluang pekerjaan walaupun mereka punyai kelayakan. Inikah yang dikatakan masyarakat penyayang? masyarakat penyayang yang dibentuk oleh acuan manakah ini? Negara kita ini dipenuhi oleh warga asing untuk mencari pekerjaan walhal ada di antara pekerjaan itu dapat dilakukan oleh golongan oku itu dengan lebih baik lagi. Tetapi, ianya diberikan kepada warga asing.

Mungkin juga disebabkan oleh faktor tidak mempunyai pendidikan asas dalam bidang – bidang tertentu menyebabkan mereka tidak berkeupayaan dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan .Contohnya dalam bidang kesetiausahaan, pekara asas dalam bidang tersebut perlu ada kerana jika tiada asas ini menyukarkan proses pekerjaan Walaupun begitu masih ada pekerjaan yang tidak memerlukan banyak pengetahuan asas seperti kerja – kerja kraftangan dan membungkus makanan.

Selain itu juga, mereka boleh melakukan kerja melalui penggunaan teknologi yang sedia ada seperti menjadi operator telefon di pejabat – pejabat kerajaan mahupun swasta. Mereka yang boleh mengendalikan komputer boleh diberi tugas menaip dan membuat laporan tertentu. Mereka juga boleh bekerja di rumah dengan mendapatkan tugasan dan arahan melalui e-mel yang di hantar oleh majikan kepada mereka. Seterusnya mereka boleh menghantar tugasan tersebut kembali. Cara ini lebih mudah dan tidak menyusahkan mereka untuk ke tempat kerja.

Seterusnya, tiada persatuan khas yang dibentuk bagi membantu golongan kurang upaya ini dalam mendapatkan pekerjaan. Walaupun banyak kita lihat di internet saluran – saluran yang melaksanakan pengambilan pekerja tetapi bukanlah untuk golongan OKU. Seterusnya, dalam zaman atau era teknologi komunikasi ini, maklumat tentang kekosongan jawatan kebanyakannya dipaparkan dalam internet dan bagi OKU yang tidak begitu arif dalam dunia siber , mereka mungkin menghadapi masalah untuk mengakses maklumat tersebut.

Kerajaan sepatutnya lebih prihatin terhadap golongan ini bukan meminggirkan golongan ini ke tepi, mereka telah diberi pendidikan jadi wajarlah mereka dihargai dengan memberikan pekerjaan ataupun bantuan untuk memulakan peniagaan. Jadi mereka boleh berdikari dan boleh berjaya dengan pekara yang mereka lakukan. Jadi kerajaan boleh mengurangkan peruntukan bantuan kepada golongan kurang upaya ini apabila mereka sudah mempunyai pekerjaan. Ini dapat mengelakan mereka daripada merasa rendah diri apabila dikatakan golongan yang suka meminta sahaja tanpa melakukan sebarang kerja.

Namun begitu nilai murni yang telah ditunjukkan oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Melaka dengan melancarkan skim pekerjaan sukarelawan di anggap memberi nafas baru kepada golongan OKU di daerah tersebut. Skim yang diperkenalkan itu mampu mengubah nasib OKU dengan memastikan mereka memperolehi pendapatan bulanan.Pekara ini patut dicontohi oleh para majikan lain dalam memberi peluang kepada OKU mencari pekerjaan.

Selain itu , perkhidmatan penempatan terdapat di setiap negeri bagi membantu orang-orang yang terlatih mendapatkan pekerjaan sama ada di pasaran terbuka ataupun di bengkel terlindung bagi mereka yang tidak berkemampuan bertanding di pasaran terbuka. Antara contoh bengkel terlindung ialah Bengkel Daya Klang, Bengkel Daya Sg. Petani dan bengkel-bengkel yang diuruskan oleh pertubuhan sukarela.Maklumat berkaitan boleh didapatkan daripada JKM.

Secara kesimpulannya, golongan oku yang berkeupayaan melakukan kerja tidak perlu di pinggirkan. Mereka perlu diberi peluang dalam mengharungi suasana kerja pada zaman yang moden ini iaitu dunia tanpa sempadan dalam era globalisasi. Penggunaan teknologi sedikit sebanyak dapat membantu ke arah kemajuan sekaligus tidak meminggirkan golongan tertentu.

Advertisements

~ by blueandwhitecollars on September 12, 2008.

5 Responses to “OKU dan Peluang Pekerjaan”

  1. ya saya setuju lah dengan kamu sebab abang saya yang pandai giler pun tak dapat kerja sebab majikan kata dia tak layak jadi pekerja profesional sebab mak bapak saya petani.

  2. Saya rasa ia bukan soal berupaya atau tidak. Saya rasa kini gejala rasuah mengaburi segalanya.Tidak kira berupaya atau tidak janji ada kenalan di dalam maka selesai lah segalanya.

  3. YA SAYA BRSETUJU DENGAN PENDAPAT KAMU, GOLONGAN INI SERING DIPINGGIR KERANA MEREKA TIDAK SEMPURNA SEPERTI INSAN LAIN.INGATLAH SETIAP KEJADIAN TUHAN ADA HIKMAHNYA

  4. artikel yang menarik…

  5. saya juga bersetuju dengan pendapat mengenai kurangnya pekerjaan untuk golongan orang kurang upaya(oku).mereka patut diberikan peluang untuk merasai kesibukan hari seperti orang yang normal.wajarlah semua pihak membantu golongan ini terutama kepada majikan-majikan di luar sana.^.^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: