Aplikasi Sumber Manusia di Internet ( Human Resources )

Jabatan sumber manusia merupakan sebuah syarikat kerana ia berfungsi untuk mengurus kakitangan dan memastikan keseluruhan organisasi berjalan dengan lancar. Kebanyakkan syarikat menjalankan operasi jabatan secara manual di mana segala maklumat berkaitan kakitangan disimpan di dalam sebuah fail peribadi.

Mungkin dahulu urusan penyimpanan rekod dianggap sebagai cara yang fleksibel dan mudah kerana jika pihak oengurusan ingin mecari maklumat tentang seseorang kakitangan , mereka akan merujuk fail berkenaan. Dengan arus permodenan yang pesat, kerja-kerja pentadbiran dan penyimpanan data oleh jabatan sumber manusia akan menjadi lebih senang tanpa melibatkan penggunaan kertas dan tidak memerlukan tenaga kerja yang banyak.

Contoh, dengan adanya penubuhan Ceylinco Consolidated ( Malaysia ) Sdn. Bhd iaitu syarikat antarabangsa dari Sri Lanka yang beroperasi di Cyberjaya memperkenalkan teknologi baru yang dikenali sebagai Stesen Manusia (People Station ). Perkhidmatan berasakan web ini membantu memudahkan kerja-kerja berkaitan sumber manusia dan seterusnya memastikan fungsi jabatan tersebut dapat digerakkan lebih efisien. Stesen tersebut dapat mengurangkan kos perbelanjaan serta menjimatkan masa.

Sistem ini lebih memberi banyak ruang kepada pihak pengurusan syarikat untuk menumpukan sepenuhnya kepada produktiviti dan aktiviti yang ingin dilaksanakan. Pihak pengurusan dan pekerja boleh mengakses maklumat secara cepat dan pantas. Aplikasi stesen ini juga bole dikhususkan untuk Industri Sederhana Kecil (IKS) dengan menawarkan aplikasi seperti pengurusan maklumat pekerja, rekod prestasi dan kecekapan, pemantauan disiplin kakitangan, perangcangan gaji, kedatangan, permohonan cuti dan kos operasi. Segala proses pemantauan dan penyelanggaraan dijalankan melalui perkhidmatan Syarikat Stesen Manusia.

BOLEH DIDAPATI DI LAMAN WEB: www.people-station .com

Penulis : Salasiah

Advertisements

~ by blueandwhitecollars on September 4, 2008.

One Response to “Aplikasi Sumber Manusia di Internet ( Human Resources )”

  1. satu sistem yang teratur seperti pangkalan data harus disediakan untuk memudahkan penyimpanan data mengenai maklumat pekerja dalam sesebuah syarikat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: