Perlaksanaan MSC di Malaysia

Multimedia Super Corridor (MSC) adalah salah satu projek mega kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia ke-4 pada tahun 1996 yang merupakan langkah kerajaan untuk membentuk rakyat Malaysia ke arah masyarakat celik IT dan bersedia menghadapi era teknologi maklumat.

Perkembangan teknologi dan proses globalisasi yang sedang berlaku turut memberi impak kepada bidang pendidikan yang mana memperlihatkan perubahan dalam bidang pengurusan dan program akademik di kebanyakan institusi pengajian tinggi seluruh dunia. Institusi pengajian tinggi di Malaysia tidak terkecuali daripada trend semasa ini. Universiti tempatan ditekankan untuk melahirkan graduan yang berkualiti, berpengetahuan tinggi serta memberi penekanan terhadap pengetahuan dalam teknologi maklumat.

Salah satu implikasi perkembangan teknologi semasa terhadap bidang pendidikan negara adalah dengan tertubuhnya fakulti-fakulti baru di universiti tempatan seperti School of Aerospace Engineering, USM. Penubuhan fakulti tersebut pada 1 March 1999 adalah berikutan wujudnya kesedaran untuk menghasilkan lebih ramai graduan di dalam bidang kejuruteraan aeroangkasa yang berkemahiran tinggi, kreatif dan berdaya saing dalam industri yang sedang berkembang pesat tersebut. Jika dirujuk sejarah perkembangan institusi pengajian tinggi tempatan, penawaran kursus seperti kejuruteraan aeroangkasa dan beberapa kursus sains dan teknologi yang lain adalah sesuatu yang agak baru dan mungkin merupakan idea yang sukar digarap dalam beberapa dekad yang lepas.

Satu lagi kesan perkembangan teknologi terhadap bidang pendidikan negara ialah penubuhan ‘cyber university’ yang sejajar dengan trend semasa di negara-negara maju. Multimedia University (MMU) yang pada awalnya dikenali sebagai Institute of Telecommunication and Information Technology (ITTM) pada tahun 1994 merupakan buah fikiran bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad yang ingin menjadikan institusi tersebut sebagai pusat bagi pendidikan dan kajian tentang MSC di Malaysia. Berasaskan andaian bahawa perkembangan pesat dalam teknologi baru komunikasi mencetuskan revolusi dalam pendidikan, masalah geografi dilihat dapat diatasi dengan wujudnya ‘cyber universities’ seperti MMU. Idea bahawa wujudnya pendidikan tanpa sempadan atau pendidikan akan menjadi lebih fleksibel bagi semua lapisan masyarakat apabila jurang atau masalah geografi tidak lagi wujud dimajukan melalui perlaksanaan projek-projek MSC sebegini.

Perubahan ketara turut dilihat dari aspek penawaran kursus-kursus di universiti tempatan yang kini lebih menjurus kepada bidang sains dan teknologi. Institusi pengajian tinggi seperti Limkokwing University and Creative Technology (LUCT) yang turut ditubuhkan pada ketika idea berkenaan MSC sedang giat dimajukan oleh kerajaan tampil dengan kursus-kursus yang lebih berasaskan IT dan ‘industry-based’ seperti Animasi, Digital Imaging and Illustration, Games Art Development serta pelbagai lagi kursus yang jarang ditawarkan di universiti tempatan yang lain. Kursus-kursus sebegini sering kali dipaparkan dalam media massa sebagai ‘in demand’ dan diandaikan mempunyai peluang pekerjaan yang meluas di negara ini. Sejauh manakah andaian ini relevan dengan situasi semasa di Malaysia? Adakah perubahan yang sedang berlaku dalam universiti tempatan mampu untuk menyediakan masyarakat di negara ini bergerak sejajar dengan perkembangan pesat teknologi dalam bidang pekerjaan di negara-negara maju?

Menjelang tahun 2010, jumlah bakal siswazah tempatan yang bakal mengisi ruang di institusi pengajian tinggi awan dan swasta tempatan dijangka meningkat dari 732, 698 kepada 1, 326, 340. Jumlah yang semakin bertambah ini mengakibatkan negara mengalami lambakan graduan dari dua puluh universiti tempatan yang bersaing untuk mendapatkan tempat dalam pasaran pekerjaan tempatan setiap tahun. Jumlah graduan yang dikeluarkan setiap tahun semakin meningkat manakala pasaran pekerjaan bagi kebanyakkan sektor tidak mengalami banyak perubahan. Wujud perdebatan untuk mencari di mana punca masalah pengangguran ini dan seringkali jari ditudingkan kepada pihak universiti serta siswazah yang dikeluarkan yang dilihat sebagai kurang berdaya saing dan tidak mempunyai kelayakan dan kemahiran yang memenuhi kehendak pasaran. Jarang sekali masalah ini dilihat dari sudut penawaran peluang pekerjaan itu sendiri yang sebenarnya terhad dan belum berada pada tahap di mana ia mampu menampung jumlah tenaga pekerja dalam bidang-bidang tertentu yang semakin meningkat.

Sebagai contoh, industri perfileman tempatan masih berada pada tahap yang rendah berbanding negara-negara maju seperti Amerika yang mampu membayar jumlah wang yang besar untuk pereka grafik dan pakar-pakar dalam bidang animasi. Hanya segelintir graduan yang benar-benar kreatif dan berkelayakan mampu untuk mendapatkan tempat dalam industri yang kompetetif ini.

Industri aeroangkasa tempatan masih berada pada tahap permulaan dan masih bergantung kepada teknologi dan kepakaran dari negara maju yang lain seperti Amerika dan Russia. Masyarakat secara umumnya menganggap ia sebagai sesuatu yang baru dan kurang berkeyakinan terhadap prospek kerjaya dalam bidang tersebut.

Hakikatnya, teknologi canggih seperti “remote sensing satelite’ serta industri aeroangkasa adalah sesuatu yang baru bagi negara ini jika dibandingkan dengan negara-negara maju yang telah menerajui perkembangan dalam bidang tersebut sejak berdekad yang lepas. Mentaliti rakyat negara ini secara umumnya masih belum dapat menggarap idea masyarakat kelas pertama sepenuhnya yang amat penting dalam usaha untuk melangkah ke arah menjadi negara maju. Faktor ekonomi, politik dan sosial harus diambilkira bagi merangka pelan yang lebih efisien dan spesifik kepada konteks negara ini.

Advertisements

~ by blueandwhitecollars on August 5, 2008.

One Response to “Perlaksanaan MSC di Malaysia”

  1. “Mentaliti rakyat negara ini secara umumnya masih belum dapat menggarap idea masyarakat kelas pertama sepenuhnya”
    Saya bersetuju dengan pendapat penulis..kita mempunyai facility kelas pertama tetapi masih terperangkap dengan mentaliti yang belum berkembang..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: