Objektif Teknologi dan Pekerjaan

Teknologi boleh ditakrifkan sebagai satu revolusi atau pembaharuan yang telah berlaku dalam sesuatu bidang yakni bidang tersebut akan semakin berkembang dari masa ke masa sekiranya teknologi disuntik ke dalam bidang tersebut. Perkembangan teknologi telah mencapai satu tahap dimana ia telah mempengaruhi aspek kehidupan manusia termasuklah dalam aspek pekerjaan. Teknologi yang diserapkan dalam bidang pekerjaan bukan sahaja terbatas dalam skop pekerjaan tersebut sebaliknya merangkumi semua aspek dalam bidang pekerjaan dengan kata lain teknologi ini dapat merungkai semua permasaalahan yang berlaku.

Perkembangan pesat teknologi pada masa kini telah menyebabkan perubahan kepada skop pekerjaan. Hal ini kerana, sebelum perkembangan pesat teknologi, semua hal berkaitan pekerjaan dilakukan oleh individu atau kumpulan pekerja tanpa bantuan alatan-alatan atau mesin yang canggih. Hal ini telah menyebabkan sesuatu pekerjaan yang dilakukan lambat disiapkan dan juga pada masa yang ditetapkan. Bantuan daripada alatan teknologi ini telah berjaya meningkatkan kesejahteraan masyarakat dan seterusnya berada pada tahap yang tertinggi. Selain itu, teknologi yang diterapkan dalam skop pekerjaan telah meningkatkan produktiviti pekerjaan dan seterusnya dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Namun perkembangan teknologi pada masa kini juga telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pekerja-pekerja. Hal ini kerana, mereka bimbang sekiranya alatan-alatan atau mesin-mesin yang berteknolgi tinggi ini akan mengambil alih tugas mereka dan seterusnya menggugat pekerjaan mereka. Peralatan yang berteknologi tinggi ini secara umumnya adalah ciptaan manusia dan menyenangkan pekerjaan mereka.

Persoalannya adakah mesin-mesin dan peralatan berteknologi tinggi ini dapat mengambilalih 100% tugas manusia sebagai pekerja?

artikel oleh MOHD AIZAT BIN SHAMSUDDIN

~ by blueandwhitecollars on July 24, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: