PERANAN MSC DALAM MEWUJUDKAN PELUANG PEKERJAAN

MSC atau Koridor Raya Multimedia merupakan salah satu projek kerajaan Malaysia yang diilhamkan pada tahun 1996 oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed. Ia diilhamkan bagi mewujudkan satu kawasan yang berteraskan teknologi dan pengetahuan dimana ia merangkumi kawasan seluas 15x50km2 diantara kawasan segitiga emas Menara Berkembar Petronas sehingga Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, termasuklah Putrajaya dan bandar Cyberjaya.

            Konsep MSC yang diwujudkan ini telah berjaya menarik minat hampir 900 syarikat multinasional, syarikat asing dan tempatan untuk melabur dikawasan MSC. Kebanyakkan syarikat tersebut merupakan syarikat yang berteraskan multimedia, telekomunikasi, perkhidmatan serta penyelidikan dan pembangunan. Pada masa kini MSC menjadi hos kepada 48 syarikat operasi perkongsian perkhidmatan dan penyumberan luar (SSO) berkelas dunia, yang mewujudkan kira-kira 11,200 peluang pekerjaan.

            Persoalan yang cuba dibangkitkan disini ialah, adakah kewujudan MSC dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia terutama sekali kepada pelajar-pelajar lepasan IPT?

            Bagi menjawab persoalan ini, sebenarnya kemasukan syarkat asing yang melabur dalam projek MSC telah memberi 1001 manfaat kepada rakyat Malaysia terutama sekali kepada golongan pelajar. Hal ini kerana, selain melabur dalam bidang berkaitan teknologi, perkhidmatan, penyelidikan dan sebagainya, syarikat tersebut juga tidak lupa dalam pembangunan modal insan. Hal ini dapat dilihat melalui penyedian biasiswa kepada pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran di IPT dalam dan luar negara. Pelajar-pelajar yang mendapat biasiswa tersebut secara tidak langsung mendapat peluang untuk bekerja dalam syarikat-syarikat tersebut. Antara syarikat berstatus MSC yang menyediakan geran biasiswa kepada golongan pelajar ialah Petronas, Intel Corperation, Tenaga Nasional Berhad (TNB) Telekom Malaysia (TM) dan lain-lain

            Melalui biasiswa yang disediakan oleh syarikat-syarikat tersebut, golongan pelajar turut sama mendapat pendedahan awal sebelum memasuki alam pekejaan. Hal ini kerana pelajar-pelajar tersebut akan melakukan Latihan Industri atau praktikal di bawah pengawasan syarikat tersebut. Pelajar-pelajar juga akan didedahkan dalam suasana alam pekerjaan yang sebenar. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan soft skill untuk manghadapi dunia pekerjaan yang sebenar menggalakkan pelajar untuk terlibat sama dalam projek dan program yang dilaksanakan. Hal ini secara tidak langsung dapat menjamin tempat yang selesa untuk pelajar berkhidmat dengan syarikat-syarikat tersebut apabila tamat belajar nanti.

Selain itu, kerajaan juga telah mewujudkan satu portal rasmi kerajaan Malaysia iaitu E-Goverment (www.gov.my) yang dirasmikan pada 13 Disember 2005 oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN). Melalui portal ini, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta bolehlah mengiklan peluang-peluang pekerjaan dalam portal tersebut. Hal ini secara tidak langsung menyediakan satu akses untuk rakyat terutama sekali kepada pelajar lepasan universiti untuk mencari pekerjaan. Melalui portal ini juga, mereka boleh memohon pekerjaan secara talian atau online. Antara rangkaian  secara talian atau online  yang menyediakan akses mencari pekerjaan ialah malalui laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (JPA) (www.spa.gov.my) atau melalui laman web Bursa Buruh Elektronik (www.elx.gov.my)

Portal ini juga menyediakan akses secara menyeluruh kepada rakyat berkaitan kerajaan, hal ini kerana, melalui portal ini rakyat dapat akses berkaitan tander-tander oleh agensi kerajaan, berita-berita mutakhir, membuat aduan kepada agensi kerajaan dan sebagainya. Oleh itu, ini merupakan inisiatif kerajaan untuk mewujudkan sebuah kerjaan elektronik disamping dapat meningkatkan cara penyampaian oleh kerajaan dan seterusnya mengurangkan kerenah birokrasi.

            Kewujudan MSC juga membuka peluang dalam bidang pendidikan seterusnya kepada peluang pekerjaan. Penubuhan Universiti Multimedia Malaysia (MMU) di Cyberjaya boleh dianggap sebagai pemangkin kearah melahirkan graduan universiti yang mempunyai prospek kepada pekerjaan. Hal ini kerana, bidang-bidang yang ditawarkan adalah berkaitan dengan multimedia dan teknologi seperti bidang kejuruteraan, IT, pengurusan dan kreatif. Bidang-bidang yang ditawarkan oleh MMU ini memenuhi kehendak dalam bidang pekerjaan terutama sekali pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang bertapak didalam MSC

Selain itu, MMU juga banyak bekerjasama dengan syarikat-syarikat berstatus MSC seperti Telenor Research and Innovation Centre Asia Pacific untuk membuat penyelidikan dan pembangunan dalam bidang ICT. Syarikat-syarikat tersebut telah melihat MMU sebagai sebuah univeriti yang dapat menggabungkan antara pendidikan dan pekerjaan. Melalui kerjasama ini secara tidak langsung memberi peluang kepada pelajar-pelajar tempatan untuk terlibat dalam bidang penyelidikan untuk membantu membangunkan industri ICT di Malaysia dan setersunya memberi peluang untuk rakyat Malaysia memceburi bidang ICT di peringkat antarabangsa.

Bagi mmperbanyak lagi peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysian dan mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan graduan universiti, kerajaan juga telah mengambil inisiatif dengan membangunkan beberapa lagi kawasan berstatus MSC seperti di Kulim, Kedah, Bayan Lepas, Pulau Pinang dan Meru, Perak. Kawasan-kawasan ini telah disediakan  kemudahan dan infrastruktur serta pelbagai inisiatif diberikan kepada syarikat-syarikat yang berminat untuk melabur dikawasan tersebut. Kemasukan syarikat-syarikat ini seterusnya membuka peluang kepada rakyat-rakyat tempatan untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Kesimpulannya, kewujudan kawasan MSC dan kemasukan syarikat yang diberikan status MSC ini menyediakan peluang kepada rakyat tempatan disemua peringkat dan bidang. Oleh itu, kerajaan seharusnya perlu mempromosikan MSC Malaysia diperingkat antarabangsa untuk menarik minat syarikat-syarikat lain untuk melabur sama dalam MSC Malaysia.

About these ads

~ by blueandwhitecollars on August 5, 2008.

One Response to “PERANAN MSC DALAM MEWUJUDKAN PELUANG PEKERJAAN”

  1. sejauh manakah portal rasmi kerajaan Malaysia,E-Goverment (www.gov.my) dapat mengatasi kerenah birokrasi?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: